Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

bila hati bertuhankan kejahilan...  

Posted by: izz@h_khazali in ,

Diri membungkam kaku. Lidah kelu tak berkata. Tangan lemah mengusap air mata. Kaki bagai diikat simpulan mati.TETAPI air mata bercucuran keluar dari saluranya. KENAPA? APA YANG TERJADI? Aku mengalirkan air mata ini kerana APA? Dimana kekuatan ku dulu? Mengapa diri begitu lemah? Tidak berdaya. Huh..apa semua ni? (banyaknye soalan....jawapannya?) =.="



Pengajian di tahun akhir ni, boleh tahan jugak hebat ujian yang ku terima. TEKANAN, KEMURUNGAN, PUTUS ASA, MOODY, HILANG KEYAKINAN ect.....aku perlukan kekuatan.. Ya Allah, Tuhan yang Maha Segalanya...aku serahkan jiwa raga ku kepada-Mu, segalanya....aku sudah tidak kuat Ya Tuhan...Bantulah aku Ya Allah...

Dengan kerja yang bertimbun, suasana persekitan kelam kabut, masalah pulak asyik nak bertenggek je, jiwa mula nak meracau...kepala ni macam nak pecah..(huh...dasyat gak) Hmmm...dimana aku nak cari kekuatan ni..???? 

Bila jiwa gundah,gelisah, diri semakin jauh dengan-Mu...Hati telah mula bertuhankan kejahilan. Ya Allah...ampunkan Aku...Aku bersyukur atas segala ujian yang kau berikan..Diriku tahu, semua ini semata-mata untuk mendekatkan diriku kepada-Mu..Aku malu Ya Allah..malu dengan diri yang penuh khilaf ini...masih jahil walaupun berilmu. Ku terima apa yang diperduga oleh-Mu...itu tandanya aku bersedia.
Biarpun diri ini hampir berputus asa dengan Rahmat-Mu,namun aku perlukan kekuatan untuk menghadapi hari muka..

Aku perlu luahkan biarpun bukan kesemuanya, sedikit pun sudah memadai...sekurang-kurangnya terasa ringan beban yang di pikul. Kalaulah masalah tu boleh diletakkan di tepi seketika, dah lama ku lakukan...
Sambil-sambil layan Nasyid.fm, tiba-tiba kena pulak lagu yang dipasang dengan jiwa aku sekarang ni...Alhamdulillah....terima kasih Ya Allah, kerana memberikan terapi ini.. (i_i)


Dari Rabbani: KERLIPAN CINTA

Hidayah .. Kerlipan Cipta Cintaku 


Harum Rembulan Mawar 

Dingin Dihakis cinta Keseorangan .... 

Aku masih menghitung diri .. 
Kesiangan yang panjang 
Ingin mengisi hati 

Padamu kasih 
satukan aku 
Dengan rahmatmu 
Dengan Kalimah 
Malam Siangku 
Berliku liku 
Duri Dugaan 
Siratan Cinta 

Biar di jemala mentari 
Biar di bahu gunung berapi 
pasrahku abadi untukMU ..untukMU

Ku kembara setia disisinya ... 
Ku inginkan Bahagia abadi 
ku impikan sentosa dibawah naunganNYA
selamanya


Dari Saujana: USIA ANTARA MASA


Lihat dedaunan kekeringan jua


Gugur dibawa sang bayu
Layu tak berguna
Jiwa manusia di arus usianya
Kesalan tiada makna
Seandai tiba masa

Putaran roda kehidupan penuh warna2 kesamaran


Jika kau ikuti perjalanan takkan sampai tujuan
Sedari masa berbeza, terdetik usia kita
Janganlah terlena hingga ke akhirnya 

Sujud pada yang Satu..teguh keyakinanmu
Lenturkan ke imanan kasihmu kepadaNya..Tuhan yang satu

WASSALAM....(=.=")

WAHAI HATI…..DENGARLAH…..  

Posted by: izz@h_khazali in ,



Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allah dan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………

Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’

Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.

Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.

Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

 

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….

Rintihan Doaku...(")(-_-)(")  

Posted by: izz@h_khazali in ,



SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.

YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU.

Permata Kata  

Posted by: izz@h_khazali in ,

1)Get up and do something

 Keep on going, and the chances are that you will stumble on something, perhaps when you are least expecting it. I never heard of anyone ever stumbling on something sitting down. - Charles F. Kettering

2)Creating Positive Mental Attitude

Your mental attitude is something you can control outright and you must use self-discipline until you create a positive mental attitude – your mental attitude attracts to you everything that makes you what you what you are. -  Napoleon Hill

3)Lakukan yang terbaik

Tidak ada kegagalan yang dialami oleh seseorang yang telah melakukan yang terbaik.

4)Kegagalan membuka peluang

Setiap kegagalan yang dialami akan memberi peluang untuk anda memulai kembali dan mencuba sesuatu yang baru.

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

5)Keyakinan pada Kebenaran

Orang yang pasti beruntung adalah orang yang setiap hari bertambah kekuatan iman dan keyakinannya terhadap kebenaran.
 

6)Petua Imam Syafie – 4 perkara untuk sihat

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

tunjuk gigi sume...ngeee~~  

Posted by: izz@h_khazali




Lawak 1

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya. Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Lawak 2

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang. Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan, anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,”Ala… releks le, aku ni kan anjing laut.”

Lawak 3

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.”Atok buat apa tu?” “Atok bagi surat kat kawan atok, cu!”jawap atoknya. Cucunya bertanya lagi,”Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Lawak 4

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,”Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih.”
Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Lawak 5

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. Juruterbang itu terselamat tetapi alfatihah buat 2 orang kenamaan itu. Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,”Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami.”
“Mmmmm… entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu…




baby laugh


cute baby laugh

can't stop laugh..haha

salam maal hijrah ^_^  

Posted by: izz@h_khazali in ,

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


bila hati x sihat... :((  

Posted by: izz@h_khazali in , ,


Macam ni la bila hati tak OK...

entah kenapa hati ni macam nak memberontak je....sakit ke AKU????



ASYIK rasa macam nak marah jer.....semua tak kene...ade je YG buat tak sng...APSAL EK???



KADANG2 plak, SENSITIF sgt....slalunye, xde lak mcm ni....tak NORMAL ke aku?????


BILA sorang2, asyik nak nangis je....rase mcm xde sesape yg faham diri ni...diri ni mcm teraniaya...terutamanya bila ada selisih faham dgn org sekeliling...


sedihhhh.....

Geram!!!!


KECEWA.....ape yg boleh buat?? nangis je la...


Nangis lg................



nangis lg....xpe...xde org tau...


keluarlah wahai air mata....sesungguhnya ia sebagai terapi mata.
lepas nangis, lega skit rasa... :)

JOM cek hati dulu....!!!!

emmm....ada yg tak kne dgn hati rupenye....


hati tak sihat la....huhuu..patut la...
knp aku x jaga hati pemberian Allah ni dgn sebaiknya???
hati yg KESAH, GUNDAH, ini rupanya rindukan PENCIPTANYA....
knp aku abaikannya???


Suatu hari Rasulullah (saw) masuk ke dalam masjid, terdapat seorang lelaki Ansar yang dipanggil Abu Umamah r.a duduk di dalam masjid,

Nabi (saw) bertanya kepadanya: Wahai Abu Umamah saya tidak pernah melihat engkau duduk di dalam masjid bukan waktu solat?
Jawab Abu Umamah r.a: Keluh-kesah dan hutang menimpaku wahai Rasulullah (saw).
Jawab Nabi (saw) : Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimat, apabila engkau membacanya, Allah akan menghilangkan keluh-kesah dan melangsaikan hutangmu.?
Beliau menjawab: sudah tentu wahai Rasulullah (saw).
Jawab Baginda (saw) : pada waktu pagi dan petang bacalah: Ya Allah, aku memohon perlindungan denganMu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan, Aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat penakut dan kebakhilan, dan aku mohon perlindungan denganMu dari bebanan hutang dan dikuasai seseorang. (Hadith riwayat Abu Daud)
wassalam....^0^

Related Posts with Thumbnails

Search This Blog