Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tautan hati kali ke-2  

Posted by: izz@h_khazali in ,

sedang asyik online, temenung kejap, tibe2 tringat kat buku novel TAUTAN HATI hasil penulisan Fatimah Syarha Mohd.Noordin....dlu da abis bce, rase nk bce lagi lak...huhu
dah lame x tgok buku ni, tah berabuk ke, b'sawang ke....bukan ape, nak cari kata2 semangat skit dalam buku tu, kata-kata hikmah, dan kata2 yang boleh memujuk hati ini untuk terus mendekati Al-Khaliqnya....^_^
sehelai demi sehelai novel diselak, rasa tertarik dengan monolog dalam cerita ni:


Andai kuhampar lautan di hadapanmu,
kau tak bisa berhenti,
Andai kubina tembok menghalangmu, 
kau tetap pergi,
biar luka tekakku memanggilmu,
kau takkan jua kembali,
aku tak bisa berbuat sesuatu,
kau milik Ilahi,
kupujuk diri sekadar termampu, 
menerima kehilangan ini,
moga, hilangmu,
hilang berganti.

-Monolog Asiah Yusra-

yang ni pulak, salah satu sajak dalam novel yang benar-benar menyentuh jiwa  :-

Puas sudah,
kucari kebahagiaan, 
di sisi teman-teman,
kudapat hanya kelalaian,

ku cari lagi,
di hati seorang kekasih,
kudapat hanya kekecewaan,
dan ku terus mencari, dalam meniti hari,
penuh kekosongan....

oh...di mana lagi harus ku mencari,
membawa sekeping hati,
yang sarat kerinduan,
rindu yang tiada haluan,
aku keliru sendiri,
apa yang kucari?
apa yang ku perlukan?
aku masih tak bisa mengaerti, 
yang pasti,
kekosongan hati ini minta diisi.

sejenak ku tersedar,
aku mencari cinta agung,
buat jiwaku yang merindukan,
hakikat kebenaran,
cahaya yang membelah kegalapan,
melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

ku sedar,
destinasi pencarianku di sini,
ku mencari-Mu Tuhan,
mengharap keredhaan,
menagih kebahagiaan, dari sinar cahaya iman,
-Syawqah, Taman Islam-

emm...sememangnya benda yang kosong, akan mudah terisi dengan apa yang melintasinya. Begitulah juga hati yang perlu diisi dengan makanan jiwa supaya diri dapat mendekatkan diri dengan Penciptanya...semoga hati ini istiqomah menerima makanan jiwa yang fitrah bagi manusia juga sebagai hamba kepada Tuannya.
wassalam~~~~

kini kembali  

Posted by: izz@h_khazali in

Assalammua'laikum warahmatullah....
Alhamdulillah...akhirnye berkesempatan juga untuk menulis dalam blog ni. Dah bersawang sangat da tengok...huhu. Setelah 3tahun lamanya diri ini menjadi perantau di Kelantan, kini telah selesai menamatkan pengajian diploma di Kolej Islam Sains n Teknologi. Alhamdulillah, kerana pengajianku di kolej telah selesai, dan kini sedang mencari peluang pekerjaan di klinik2, poliklinik2 atau mana2 hospital yang memerlukan khidmat seorang juru x-ray. hmmm...bila agaknye ye nk jumpa ni ye. Rezeki Allah boleh dapat kat mane2, insyaAllah...samada cepat atau lambat je. Bila tanya khabar kengkawan, ade dah da yang dapat keje...seronoknye...aku plak bile lg ni?
Sementara tengah cari keje ni, duduk umah dlu, tolong jge anak anyah(jd baby sitter plak). Mujur la sng jgk nk jge si techik ni, hehe...walaupun bru 2bulan umurnya, tp alhamdulillah, sng je nk jge, xbyk kerenah. Ni la budak techik ni, Raudhatul Adni Aisyati nmenye...

 ni mse newborn...skunk ni 2bln da

Kadang2 ble boring2 duk umah, suke jgk masak2 ni. Dan bende yang paling best, da boleh buat kueh sendiri...huhu...Klu dlu mmg tkut sgt nk wat kueh atau kek sendiri sbb takut x jd. Tambah2 kek. Kek ni ssh skit, cerewet skit, tu yang tkut nak try buat tu. Nanti klu x jadi, spe yg nk mkn? Tp kali ni alhamdulillah, memberanikan diri tuk buat sendiri kueh cheese tart. Kueh ni kan popular skrg ni. Mula2, try buat ngan kakak dlu, lpas tu bru brani nk wat sendiri....haaa....ni hasilnya...

Blueberry cheese tart....

bila msuk mulut, bru rase nikmatnye...heehhe


Rase mcm nk wat bisnes kueh tart plak. Tapi tak tahu laa....x larat jgk nk wat sorang klu org tempah ni. Sebab kueh ni lambat skit proses dia ni. hmmm...tgok dlu la mcmne...klu de rezki nk wat bisnes ok gak, mase raye ni ke...hmmm...tu je lah kot untuk mse ni..nanti de mase, msuk lg entri baru..^_^
wassalam...(^^,)v


There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Search This Blog