Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

cinta mawar berduri  

Posted by: izz@h_khazali in


SALAM semua....dh lame blog ni x 'update'. Walaupun sering kali mengintai mencari ruang dan masa, akhirnya dapat jgk kali ni untukku kembali memenuhi ruang2 blog yang perlu diisi juga untuk makanan jiwa yg selalu inginkan cinta AL-KHOLIQnya...(^^,)v...
Entri kali ni ingin aku kongsikan perbualan antara seorg sahabat dgn seorg mawar yg sdg mekar yg sgt memerlukan penjgaan utk mendptkn martabat dirinya disisi Allah....

YA Allah...ku mohon kpdMu, sentiasalh berkati mawar ini agar dia sentiasa mekar menghiasi tamn2 yg kebelkgn ini telah byk taman2 yang rosak diganggu kumbang2 ganas berkeliaran mencari mangsa. YA Allah....jgnlh pernah meninggalnya dia keseorgn krn dia amat memerlukan cinta kasihMu...Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dr segala mcm bhy dan kejahtn...

Setelah Ana t'jebak dgn sindrom ber'couple', kebelakgn ini hatinya kebingungn dan sgt memerlukn panduan sorg sahabt untuk sentiasa m'nyedarkn drinya agar tidak terus leka dan hanyut dibuai perasaan yg belum pasti menjdi miliknya...

Nisa' : hai Ana, termenung jauh nmpk? ingtkn sape??? ( sambil tergelak kecil)
Ana : Ya Allah, Nisa'....terkejut Ana dibuatnye....
bkn nk bg salam dlu ke, ni tak main sergah
je...klu Ana de skit jantung, mau msuk hspital ni...(dengn cebekkan muka)
Nisa' : ok2....assalamua'laikum!!!
jgn la marah...nnt kne drh tinggi plak, msuk hsptl jgk....

Ketawa Nisa' masih berbaki mengusik sahabat yg disyginya itu.

Ana : w'salam wbt....
Nisa' : Ala...senyum la skit...hehe...sory....x sengje pon nk kejutkn Ana....Ana tu, termnung jauh
sgt...fikirkan ape lah...
Ana : hmm... tak tahu la mcmne nk ckap ni Nisa'...betul ke ape yg Ana buat ni...tp Ana x dpt nk
elak perasaan ni...mcmne ni??? Ana bingung laaa....
Nisa' : ni pasal si Aiman ke? hmm...nk Nisa' buat ape? nk kurung dia dlm jail??? haha...
Ana : ape la Nisa' ni.....serious ni tau...nasiht la sikit dkt sahabatmu ini...dh mcm kne bius
dh ni....(sambil memndg Nisa' dengn penuh harapan)

Nisa' menatap wajah sahabat yang disayanginya kerana Allah...wajah yg ALLAH telah berikn untukknya sebagai seorg sahabat yg sentiasa perlukan bimbingn dan nasihat darinya.

Nisa' : ok, mcm ni la Ana...perasaan cinta 2 hadir tanpa kita sedari...mmg akn t'jd kekeliruan
perasaan....satu2nya, jln yg terbaik untuk selesaikan mslh ni adalh dgn b'istiqarah...
mintalah pertolongn dri petunjuk Allah...tentang layakkah kita degn seseorg tu, hanya
Allah yg dpt mnilai...kita sbgi m'nusia tak ada yg sempurna...kesilapn tu tetp akn berlaku.
Ana : ye, itu Ana tau...tp mcmne nk elak dri kami trus hanyut mcm tu je...Ana perlukan
kekuatan Nisa'....
Nisa' : bykkn istiqfar Ana....tolong ingatkn dia dan dri Ana....bhyanya kata sorg rijal yg boleh
cairkan sekeras2 mana pon hati wanita....tegaskan diri Ana...lawan bisikn nafsu tu mcm
lawan dgn musuh di medan pepergn...jgn biarkan dri Ana dipetik oleh tgn2 yg belum lg
termilik...bgun Ana...sedar la dri buaian dunia....kita ada tanggungjwb yg byk lg perlu
diselesaikan...hati kite kne keras, biar lembut di luar...ingt batas2 syariat dan kita ada
panduan...

Ana terdiam seketika.....memikirkan apa yg diungkapkan oleh Nisa' sebentar td...tanpa disedari menitis air mata jernih membasahi pipi yg mulus itu...dlm hatinya bermonolog sendirian " Ya Allah...sdh jauhkh aku dri Mu??? Aku perlukan kekuatan Ya Tuhan...hanya Kau sahaja yg Maha Ketahui atas segala sesuatu...dimana selayaknya harus aku berdiri di hadapanMu...peliharalah daku dari murka Mu Ya Allah...". Nisa' cuba menenangkan Ana sambil memeluk erat bahunya..

Nisa' : Ana, dengar ni....kata2 ni Nisa' selalu gunakan untuk pesanan diri yg dhaif ini dri 'Seindah
Mawar Berduri'...
" ya khazinatul asrar..pdmu ada asrar yg menjd idaman mujahid....
tersingkap asrar pdmu dimukhadimahkn secebis makrifat...makrifat hasil dri campakan
cahaya illahi pada hati dari Allah....ku ingin selami maksud hidup kpdNYa...jgalah humaira
diwajahmu, jgalah nur syuhudiah di hatimu, jgalah akhlak nubuwwah pd perilakumu....
moga gelaran wanita solehah jd milikmu..."
Ana : terima kasih Nisa'.....(sambil memeluk erat sahabtnya)

Air mata Ana yg masih berbaki dikesat oleh tgn lembut Nisa'....Nisa' trus ingin menengkn sahabtnya dengan memberi kata-kata semangat bkn shj untuk Ana, tp juga untuk drinya...

Nisa' : Cinta umpama hadiah dri Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah??? fikirkan lah Ana...
pujaan, sanjungn dan sikap m'agung-agungkn cinta kekadang sampai ke tahap boleh
'mempertuhankan' cinta. Padahal, dalam realitinya, cinta yg sebegitu selalunya sirna
setelah diuji di alam rumah-tangga...sementara belum dapat, dipuji dan dipuja, tp bila dh
dpt, segala kemanisannya hilang...klu mcm ni la gayanya, ade yg x kne dgn 'cinta' ni...

Ana mengiakan kata2 Nisa'.....sambil tersenyum tanda memahami...

Begitulah kisahnya tentng sorg pencari cinta yg benar2 CINTA....sy juga suka memetik kata2 ini:

" CINTA kalau bahasanya hati, itulah cinta hakiki....KASIH jika dasarnya Rabbi, itulah kasih sejati....Cinta ini pasti diuji kerana itu sudh tradisi janji.."
-Jendela Hati 1993-

Ini pula kata2 dri PAHROL MOHD JUOI di dlm bukunya TENTANG CINTA...:

"Kita selalu bertanya apakah salah bercinta? Tidak, bercinta mmg tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yg Allah kurniakan kpd setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulh tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.

Namun, Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu shj. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjga kemurniaanya. Peraturan inilah yg kerap dilanggar oleh manusia, khusus para remaja. Rasa cintatidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlakunya 'cinta terlarang'(cinta yg menafikan prinsip dan melanggar peraturan dri Allah).
Ketika itu, FITRAH akan bertukar FITNAH. Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturn Allah, maka akan berlakunya kekalutan dan kemusnahan. Jadi, jgnlh kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta yg jg datang dri Allah."

Sama-samalah kita fikirkan....semoga diri ini dan pembaca, sentiasa dibwh rahmat dan redhaNYA...amin..(")(-_-)(")



ANDA INGIN BERCINTA???  

Posted by: izz@h_khazali in


Menarik artikel ni....selamat membaca (^^,)v

www.iLuvislam.com
Ustaz Mohd Zul Roslan*
editor : kasihsayang

Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.


Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :

1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.

2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?
* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?
* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?
* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?
* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.

Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.

3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?
* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?
* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?
* Kerana empunya diri itu sendiri?
* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.

Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.

4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?

Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.

Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?
* Sebulan?
* Tiga, empat tahun?
* Sehingga habis belajar?
* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..

6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,
* Masa yang anda korbankan untuk sidia
* Hati dan perasaan

Sikap Matang Dalam Mencari Cinta

Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?

KeSaKTian CiNTa  

Posted by: izz@h_khazali in




Kesaktian Cinta

Album : Hafiz Hamidun
Munsyid : Hafiz Hamidun



Sukar dinilai dengan materi
Hanya hati budi yang kan mengerti
Kala terpancar dari naluri
Bersinar semesta ruang dan masa

Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Kala meresapi jiwa
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tak tertara
Kala hadirnya ia

Resah merindu meronta kalbu
Hanya jaji setia sabda ditunggu

Disentuh kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Kehadiran dirinya
Disentuh kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia

Dihinggap kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Menghadapi segala
Dihinggap kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Syukurilah hadirnya

Dihinggap kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Bayang kehadirannya
Dihinggap kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia

Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Mengharungi segala
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Penawar duka lara...

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails

Search This Blog