Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”
Tinggal seminggu lagi persiapan untuk ke praktikal seterusnya bagi semester ini. Alhamdulillah, akhirnya, kali ni dapat jgk aku merasa berpraktikal di hospital besar...huhu...tapi, masih byk lg perkara yang perlu aku perbaiki di dalam diri. Terutamanya mengenai keyakinan diri....hmm...yang ni la paling ssh nk 'repair'. Macam ni la slalunya b'laku bila baru nak mula praktikal. Boleh dikatakn, tiap kali semester, inilah mslhnya....hurmmm...mcmne la nk buat ni???
Tapi apa pun, harap2 praktikal kali ni, aku lebih konfiden bila nk buat kes....ameeen...^_^
Kali ni Alhamdulillah berkesempatan tuk jejakkn kaki dkt hospital besar, Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu, Kelantan.
semester 5 insyaAllah....akan ku jejakn kaki pd 24hb7 2010
Klau nak dibandingkan semester-semester yg lepas, sumenye hospital daerah....modaliti pon tak brape ade...slalu tengok pon, mesin general x-ray je...insyaAllah kali ni aku akan gunakan kesempatan yg ada.....hehehe....sekurang-kurangnye bleh jgk aku tgok dan 'sentuh' mesin CTscan, MRI, Ultrasound, Mamography, Flouroscopy dan sewaktu dgnnye...~_* Yg penting skrg ni kne tingktkn ke'konfiden'an diri nk buat kes-kes speciallist ni...caiiyyok!!! you can do it!! ngeee~(^^,)v
(semester 2) kenangan bersama staf di hospital Lati, pasir mas, kelantan.
semester 3 di hopital Besut, Jerteh,Terengganu semester 4 mesin ganeral x-ray di hospital Tumpat, Kelantan..
SALAM semua....dh lame blog ni x 'update'. Walaupun sering kali mengintai mencari ruang dan masa, akhirnya dapat jgk kali ni untukku kembali memenuhi ruang2 blog yang perlu diisi juga untuk makanan jiwa yg selalu inginkan cinta AL-KHOLIQnya...(^^,)v...
Entri kali ni ingin aku kongsikan perbualan antara seorg sahabat dgn seorg mawar yg sdg mekar yg sgt memerlukan penjgaan utk mendptkn martabat dirinya disisi Allah....
YA Allah...ku mohon kpdMu, sentiasalh berkati mawar ini agar dia sentiasa mekar menghiasi tamn2 yg kebelkgn ini telah byk taman2 yang rosak diganggu kumbang2 ganas berkeliaran mencari mangsa. YA Allah....jgnlh pernah meninggalnya dia keseorgn krn dia amat memerlukan cinta kasihMu...Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dr segala mcm bhy dan kejahtn...
Setelah Ana t'jebak dgn sindrom ber'couple', kebelakgn ini hatinya kebingungn dan sgt memerlukn panduan sorg sahabt untuk sentiasa m'nyedarkn drinya agar tidak terus leka dan hanyut dibuai perasaan yg belum pasti menjdi miliknya...
Nisa' : hai Ana, termenung jauh nmpk? ingtkn sape??? ( sambil tergelak kecil)
Ana : Ya Allah, Nisa'....terkejut Ana dibuatnye....bkn nk bg salam dlu ke, ni tak main sergah
je...klu Ana de skit jantung, mau msuk hspital ni...(dengn cebekkan muka)
Nisa' : ok2....assalamua'laikum!!!
jgn la marah...nnt kne drh tinggi plak, msuk hsptl jgk....
Ketawa Nisa' masih berbaki mengusik sahabat yg disyginya itu.
Ana : w'salam wbt....
Nisa' : Ala...senyum la skit...hehe...sory....x sengje pon nk kejutkn Ana....Ana tu, termnung jauh
sgt...fikirkan ape lah...
Ana : hmm... tak tahu la mcmne nk ckap ni Nisa'...betul ke ape yg Ana buat ni...tp Ana x dpt nk
elak perasaan ni...mcmne ni??? Ana bingung laaa....
Nisa' : ni pasal si Aiman ke? hmm...nk Nisa' buat ape? nk kurung dia dlm jail??? haha...
Ana : ape la Nisa' ni.....serious ni tau...nasiht la sikit dkt sahabatmu ini...dh mcm kne bius
dh ni....(sambil memndg Nisa' dengn penuh harapan)
Nisa' menatap wajah sahabat yang disayanginya kerana Allah...wajah yg ALLAH telah berikn untukknya sebagai seorg sahabat yg sentiasa perlukan bimbingn dan nasihat darinya.
Nisa' : ok, mcm ni la Ana...perasaan cinta 2 hadir tanpa kita sedari...mmg akn t'jd kekeliruan
perasaan....satu2nya, jln yg terbaik untuk selesaikan mslh ni adalh dgn b'istiqarah...
mintalah pertolongn dri petunjuk Allah...tentang layakkah kita degn seseorg tu, hanya
Allah yg dpt mnilai...kita sbgi m'nusia tak ada yg sempurna...kesilapn tu tetp akn berlaku.
Ana : ye, itu Ana tau...tp mcmne nk elak dri kami trus hanyut mcm tu je...Ana perlukan
kekuatan Nisa'....
Nisa' : bykkn istiqfar Ana....tolong ingatkn dia dan dri Ana....bhyanya kata sorg rijal yg boleh
cairkan sekeras2 mana pon hati wanita....tegaskan diri Ana...lawan bisikn nafsu tu mcm
lawan dgn musuh di medan pepergn...jgn biarkan dri Ana dipetik oleh tgn2 yg belum lg
termilik...bgun Ana...sedar la dri buaian dunia....kita ada tanggungjwb yg byk lg perlu
diselesaikan...hati kite kne keras, biar lembut di luar...ingt batas2 syariat dan kita ada
panduan...
Ana terdiam seketika.....memikirkan apa yg diungkapkan oleh Nisa' sebentar td...tanpa disedari menitis air mata jernih membasahi pipi yg mulus itu...dlm hatinya bermonolog sendirian " Ya Allah...sdh jauhkh aku dri Mu??? Aku perlukan kekuatan Ya Tuhan...hanya Kau sahaja yg Maha Ketahui atas segala sesuatu...dimana selayaknya harus aku berdiri di hadapanMu...peliharalah daku dari murka Mu Ya Allah...". Nisa' cuba menenangkan Ana sambil memeluk erat bahunya..
Nisa' : Ana, dengar ni....kata2 ni Nisa' selalu gunakan untuk pesanan diri yg dhaif ini dri 'Seindah
Mawar Berduri'...
" ya khazinatul asrar..pdmu ada asrar yg menjd idaman mujahid....
tersingkap asrar pdmu dimukhadimahkn secebis makrifat...makrifat hasil dri campakan
cahaya illahi pada hati dari Allah....ku ingin selami maksud hidup kpdNYa...jgalah humaira
diwajahmu, jgalah nur syuhudiah di hatimu, jgalah akhlak nubuwwah pd perilakumu....
moga gelaran wanita solehah jd milikmu..."
Ana : terima kasih Nisa'.....(sambil memeluk erat sahabtnya)
Air mata Ana yg masih berbaki dikesat oleh tgn lembut Nisa'....Nisa' trus ingin menengkn sahabtnya dengan memberi kata-kata semangat bkn shj untuk Ana, tp juga untuk drinya...
Nisa' : Cinta umpama hadiah dri Allah. Kita gembira dan suka apabila menerima hadiah. Namun, wajarkah hadiah lebih dicintai daripada Pemberi hadiah??? fikirkan lah Ana...
pujaan, sanjungn dan sikap m'agung-agungkn cinta kekadang sampai ke tahap boleh
'mempertuhankan' cinta. Padahal, dalam realitinya, cinta yg sebegitu selalunya sirna
setelah diuji di alam rumah-tangga...sementara belum dapat, dipuji dan dipuja, tp bila dh
dpt, segala kemanisannya hilang...klu mcm ni la gayanya, ade yg x kne dgn 'cinta' ni...
Ana mengiakan kata2 Nisa'.....sambil tersenyum tanda memahami...
" CINTA kalau bahasanya hati, itulah cinta hakiki....KASIH jika dasarnya Rabbi, itulah kasih sejati....Cinta ini pasti diuji kerana itu sudh tradisi janji.."
-Jendela Hati 1993-
Ini pula kata2 dri PAHROL MOHD JUOI di dlm bukunya TENTANG CINTA...:
"Kita selalu bertanya apakah salah bercinta? Tidak, bercinta mmg tidak salah justeru ia adalah fitrah tabi'e yg Allah kurniakan kpd setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah naluri setiap manusia. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulh tidak salah untuk merasai dan menikmatinya. Jika salah, masakan Tuhan mengurniakan rasa cinta? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakan-Nya rasa cinta pasti ada maksud dan tujuan.
Namun, Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu shj. Justeru, Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjga kemurniaanya. Peraturan inilah yg kerap dilanggar oleh manusia, khusus para remaja. Rasa cintatidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Disinilah berlakunya 'cinta terlarang'(cinta yg menafikan prinsip dan melanggar peraturan dri Allah).
Ketika itu, FITRAH akan bertukar FITNAH. Bila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturn Allah, maka akan berlakunya kekalutan dan kemusnahan. Jadi, jgnlh kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga adaNYA peraturan cinta yg jg datang dri Allah."
Sama-samalah kita fikirkan....semoga diri ini dan pembaca, sentiasa dibwh rahmat dan redhaNYA...amin..(")(-_-)(")
www.iLuvislam.com Ustaz Mohd Zul Roslan* editor : kasihsayang
Zaman remajaadalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.
Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis). Mengapa bercinta?
Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang ‘bahagia’). Terkadang ia bercinta supaya ‘pointer’ selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi.
Sebelum bercinta fikirkan perkara-perkara ini wahai orang muda :
1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?
Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.
Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.
2. Apa matlamat Anda bercinta?
* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain? * Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja? * Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan? * Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan? * Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?
Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. ‘Pijak semut tidak mati’. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin ‘menipu diri sendiri’ sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.
Apabila perhubungan cinta anda mulai ‘berkelap kelip’ - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada ‘putus cinta’. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.
Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang ‘cantik’, ‘molek’ akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.
3. Mengapa Anda Bercinta?
* Kerana ALLah? * Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan ‘KECANTIKAN’ ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN? * Kerana duitnya? Harta yang bertimbun? * Kerana empunya diri itu sendiri? * Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.
Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.
4. Apa Modal Untuk Bercinta?
* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?
Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.
Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.
5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?
* Seminggu? * Sebulan? * Tiga, empat tahun? * Sehingga habis belajar? * Cinta hingga ke akhirat?
Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan.. 6. Kos Cinta
* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet, * Masa yang anda korbankan untuk sidia * Hati dan perasaan
Sikap Matang Dalam Mencari Cinta
Wahai pemuda dan pemudi, menyebut perkataan cinta sesama manusia itu mudah, tetapi untuk melaksanakannya amatlah payah. Bercinta bukan menjadi tiket yang menghalalkan anda menyerahkan jasad kehormatan anda. Bukan juga bermakna anda sudah menjadi juara dan normal sebagaimana insan lain yang bercinta (sudah fahamkah erti cinta yang sebenarnya?). Anda rosak kerana cinta? - ia adalah kesalahan anda sendiri di dalam menterjemahkan cinta yang suci dan abadi. Semaklah semula adatnya bagaimana RasuluLlah menyalurkan perasaan cinta.
Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.
Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?
Tersingkap sebuah kisah tentang pejuang agama Allah Hamzah Asadullah.......
menitis air mata mengenagkan pejuangan mereka.....bagaimana pula kita yang masih belum lagi bertemu punca jalan kebenaran untuk berjuang di atas jalan-Nya? Ya Allah.....berilah kekuatan, berikanlah rahmat dan ampunan.....v(-_-)v
HAMZAH ASADULLAH
Hamzah Asadullah
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : InTeam
Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada',
Masih merah di lantai sirah.
Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,
Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.
Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.
Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.
Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.
ALLAHU RABBI
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In Team
Who is The Creator
Who is The Sustainer
Surely He's The One
Lord of all mankind
Ya Allah...
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Allah Allah Ya Allah Allah Allah
Anta Ya Rabbi Anta Ya Rahman Anta Ya Allah
Allahu Rabbi
Chand or sittarre bohot cham ketey he
Khuda ke bagar roshni ka wujud nehi he
Roshni ke baht andera hota he
Sab kuch khuda ke wujud nehi he
Har parta darakh sigh girta he
Ye sab kuch khuda ki taqath he
Sammandar or zamin me kitni mitthi he
Sab kuch khuda ki iradat he
Bulan dan bintang hiasi alam
Tiada kan bercahaya tanpa izinNya
Terangnya siang berganti malam
Tiada sekali menyalahi aturannya
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakannya
Helaian dedaunan gugur dari pepohonan
Pasti dalam pemerhatian kudratnya Tuhan
Butiran pasir di daratan dan di dasar lautan
Tetap dalam pandangan iradat Tuhan
Berkata Ibnu Mas'ud R.A:- Sesiapa yg hendak mengetahui sama ada dia cintakan ALLAH atau tidak, maka hendakklah dia melihat kepada AL-QURAN...jika dirinya mencintainya sesungguhnya dia mencintai ALLAH....kerana sesungguhnya ALQURAN itu kalam ALLAH...
NEVER ENDING?????
Bismillahirrahmannirrahim.... assalamua'laikum dan salam ziarah ke blog "NEVER ENDING"....ILMU yg x pernah habis dipelajari, akal yg x pernah b'henti b'fikir, perjuangn yg tiada p'hujung,namun segalanya akan tehenti apabila ajal menjemput, kerana kita akan mati, tetapi selepas dunia, ada lg alam lain yg menanti iaitu alam yg kekal abadi.... Apa pun, selamat bermujahadah walau di mana berada. Sebarang komen amat dialukan...^_^ wassalam...
"Selalu benar kau manjakan matamu memandang keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa. Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan, kelak kau akan menjadi pengingat... " "sibukkanlah dirimu dengan membetulkan aibmu berbanding aib orang lain.. sesungguhnya Allah tidak menciptakan kita sempurna & terpelihara dari dosa.. setiap kita pasti menanggung dosa & aib sendiri.. berbahagialah mereka yang sibuk memperbaiki diri sendiri berbanding sibuk memerhatikan aib manusia.." "Dlm diari seorg pejuang..... Tiada masalah yg tak merumitkan, Ujian yg tak melemahkan, Dugaan yg tak menyusahkan, Bahkan itu semua dijadikan batu lnctan utk m'jdi lbh hebat, Mereka tepu dgn dugaan, Cuma sesekali air mata merembes menerjah pipi.... Lambang kekerdilan kudrat hamba, B'dpn dgn 'belaian' PENCIPTANYA, sbg tanda ingtan.... Sentiasa t'senyum wlau pyh & ssah diuji" "ALLAH menguji hambaNYA dengan dugaan & kenikmatan, di uji kita dgn ujian shingga kadangkala kita rasa buntu menghadapi kehidupan..sabarlah wahai hati..ALLAH memilihmu kerana ingin dirimu dekat padaNYA..mudah-mudahan engkau diberi kekuatan kerana dengan ujian kau akan rasa manisnye kehidupan" "sesiapa yang takutkan Allah s.w.t maka perbanyakkanlah menangis dalam khalwat, semoga ianya setelah ingatan dan tangisan, air mata ditukarkan menjadi kebaikan" "hai anakku, apabila kau ingin bersaudara dengan seseorang, buatlah dia marah sebelumnya. Jika dia berlaku bijaksana di waktu marah, teruskanlah. Kalau tidak, jauhilah dia."-pesanan Luqman al-Hakim "seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali"
"kebaikan akan menaklukan orang yang merdeka, sikap baik akan mengikat hati, ketabahan akan menekan musuh dan kesabaran akan mematikan bara."
"ketahuilah bahawa tidak terkurang pahala bagi dua golongan yang mengungkit-ngungkit dan menceritakan jasanya iaitu IBU BAPA dan GURU"
"batu lebih kuat daripada pohon,besi lebih kuat daripada batu, api lebih kuat daripada besi, angin lebih kuat daripada api, dan iman lebih kuat daripada angin yang bertiup"
"senyum adalah sihir yang halal, wang muka kasih sayang dan simbol persaudaraan. Senyum adalah surat kilat yang boleh membawa kedamaian dan cinta. Senyum adalah sedakah yang pasti diterima, sebab senyum adalah petanda hati redha, tenteram dan teguh"
"ketahuilah, bahawa setelah kesulitan pasti akan datang kemudahan dan kelapangan pasti akan datang setelah adanya kesulitan. Ketahuilah, bahawa keadaan seseorang itu tidak akan tetap selamanya sebagaimana hari-hari yang sentiasa berputar"
Hari demi hari...
"jangan engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin dan mimpi hari ini adalah mimpi hari esok."