Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

IKHLAS DARIKU.....^_^  

Posted by: izz@h_khazali in



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....

1st skali, alhamdulillah akhirnya bleh jgk sy m'ngisi blog ni walaupn sekadar cuma....^_^
Dah hampir seminggu memerah otak memikirkan apa yg patut diisi dalam blog ini, akhirnya sempat juga menulis sepatah dua kata yg nk dikongsikan bersama....
Dgn masa cuti yg masih berbaki ni, diharap boleh sy teruskn dgn m'update blog ni dgn jayanya.... :)
Apa yg diharapkn jg, moga setiap entri yg dikongsi bersama dapat sedikit sebanyak memberi sedikit input secara langsung atau tidak langsung kpd kalian....komen jg, amat dialu-alukan...



'AKU bukan seperti engkau sangkakan,
pura2 didlm b'juang,
aku tidak pandai m'nyulam rahsia,
juga tak pandai ku b'madah pujangga....
JIKA ada benci dihati,
oh katakanlah padaku,
rela ku trima walau kutukan,
asalkan aqidah t'jaga,
kerana tidak sanggup lg,
mempermainkn dustur Illahi....
HAKIKAT hati tak t'luka,
walau zahirnya ada yg ketawa....
TUHAN,
KU mohonkan ampunan,
ketelanjuran yg berulang kali,
TEMAN,
KITA patrikan disini,
berakhir sebuah lamunan duniawi,
terima syukur taufiq Illahi....



Lagu IKHLAS DARIKU oleh Uz.Akhil Hayy ini amat menyentuh diriku yg hina ini. Sememangnya, diri ini hanya insan biasa yg terlalu byk kekurangan dan celaan,juga masih cetek didlm sbrg keilmuan, namun diri ini terlalu rindukan Maghfirah tentang NYA. Diriku bukanlah pandai menyusun kata-kata dan bait-bait yg indah, hanya yg termampu ingin ku persembahkn....
KU memohon ampun kepada Allah SWT di atas sebarang kesilapan dan kekurangan diri. SESUNGGUHNYA Allah Maha Bijaksana, Tidak Ada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah....

ikhlas dariku....izzah ^_^


DOAKU.....

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya shabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash, Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya... Sekiranya shabat2 ku ini adalah shabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu, Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya... Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan.... Sekiranya shabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.... Sekiranya sahabat2 ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya... Tetapi Ya Allah... Sekiranya shabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang, Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu Sekiranya shabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya shabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya... Sekiranya shabat2 ku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena... Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku.... Sekiranya aku tersilap membuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai... Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba, Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu... Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah... sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku yang disenangi shabat2.. Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh Hanya padaMu Ya Allah... ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu, Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru... Kerana aku leka dengan keindahan duniamu... Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu... Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi SHABAT yang dirahmati, SHABAT yang dikasihi, SHABAT yang soleha, SHABAT yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

This entry was posted on 9:04 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Search This Blog