Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hanya Aku & Allah SWT sahaja yang mengetahui apa yang berlaku, dan hanya Allah jualah sebaik-baik Perancang apa yang bakal berlaku...
Posted by: izz@h_khazali in my journey
AsSalamua'laikum warahmatullahiwabarakatuh....
Haaaa....amacam tajuk kat atas tu? panjang tak? hehe...klu boleh, nk wat tajuk lagi panjang daripada tu. Tapi, cukuplah sekadar yang memadai. hmmm...Ate, teman ni, mmg x pandai nak tulis menulis, karang mengarang ni, cuma teman nk kongsi ape yg berlaku sepanjang hidup teman. Kalau nk kate sepanjang hidup tu, tak gamok le teman nak cerite...tp certain2 la, mne yg perlu...
Memang nampak mcm nak merapu skit, tp teman nk kontrol la supaya x jd merapu...hehe
Ape crite sbnrnya yg teman nk tulis ni? haaaa....sebernya, teman pon x tahu. Ikut je la jari-jemari ni huruf ape yg dia nk tekan. Ok, klu nak berbalik kepada tajuk kat atas tu, mmg byk yg nk dikongsi, malah banyak juga yang ingin diceritakan.
Kita sambung lain kali ye.....^_*
sedang asyik online, temenung kejap, tibe2 tringat kat buku novel TAUTAN HATI hasil penulisan Fatimah Syarha Mohd.Noordin....dlu da abis bce, rase nk bce lagi lak...huhu
dah lame x tgok buku ni, tah berabuk ke, b'sawang ke....bukan ape, nak cari kata2 semangat skit dalam buku tu, kata-kata hikmah, dan kata2 yang boleh memujuk hati ini untuk terus mendekati Al-Khaliqnya....^_^
sehelai demi sehelai novel diselak, rasa tertarik dengan monolog dalam cerita ni:
Assalammua'laikum warahmatullah....
Alhamdulillah...akhirnye berkesempatan juga untuk menulis dalam blog ni. Dah bersawang sangat da tengok...huhu. Setelah 3tahun lamanya diri ini menjadi perantau di Kelantan, kini telah selesai menamatkan pengajian diploma di Kolej Islam Sains n Teknologi. Alhamdulillah, kerana pengajianku di kolej telah selesai, dan kini sedang mencari peluang pekerjaan di klinik2, poliklinik2 atau mana2 hospital yang memerlukan khidmat seorang juru x-ray. hmmm...bila agaknye ye nk jumpa ni ye. Rezeki Allah boleh dapat kat mane2, insyaAllah...samada cepat atau lambat je. Bila tanya khabar kengkawan, ade dah da yang dapat keje...seronoknye...aku plak bile lg ni?
Sementara tengah cari keje ni, duduk umah dlu, tolong jge anak anyah(jd baby sitter plak). Mujur la sng jgk nk jge si techik ni, hehe...walaupun bru 2bulan umurnya, tp alhamdulillah, sng je nk jge, xbyk kerenah. Ni la budak techik ni, Raudhatul Adni Aisyati nmenye...
Rase mcm nk wat bisnes kueh tart plak. Tapi tak tahu laa....x larat jgk nk wat sorang klu org tempah ni. Sebab kueh ni lambat skit proses dia ni. hmmm...tgok dlu la mcmne...klu de rezki nk wat bisnes ok gak, mase raye ni ke...hmmm...tu je lah kot untuk mse ni..nanti de mase, msuk lg entri baru..^_^
bila hati bertuhankan kejahilan...
Posted by: izz@h_khazali in muhasabah, my journey
Diri membungkam kaku. Lidah kelu tak berkata. Tangan lemah mengusap air mata. Kaki bagai diikat simpulan mati.TETAPI air mata bercucuran keluar dari saluranya. KENAPA? APA YANG TERJADI? Aku mengalirkan air mata ini kerana APA? Dimana kekuatan ku dulu? Mengapa diri begitu lemah? Tidak berdaya. Huh..apa semua ni? (banyaknye soalan....jawapannya?) =.="
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meniggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia . jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya. Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada etenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan
Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’

Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini. Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh. Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….
Rintihan Doaku...(")(-_-)(")
Posted by: izz@h_khazali in amalan doa dan selawat, muhasabah