Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

REZKI ALLAH  

Posted by: izz@h_khazali

Alhamdulillillah...
Itu saja yg dapat aku ucapkan dikala diri ini hanya hamba Allah SWT....
Rezki Allah beri memang tidak terkira. Cuma kita kadang2 alpa dan tidak sedar akan kehadirannya. Sesetengah org, untuk mendapatkan sesuatu yg diinginkan sangat mudah, Sehingga boleh dikatakan seperti bulan jatuh ke riba. Namun, sesetengahnya pula untuk mendapatkan sesuatu yg diinginkan atau perkara yg dicita2kan, sangat sukar. Bahkan pelbagai ujuan dan dugaan yg datang sepanjang perjalanan. Tapi, tidak semestinya mereka yg mudah untuk memiliki apa yg mereka inginkan tidak akan diuji....Allah Maha Adil...hanya Dia yg tahu apa yg kita perlu dan apa yg kita inginkan.

Keperluan dan Keinginan adalah berbeza. Jadi, sepatutnya tiada istilah 'Cemburu' terhadap org lain ada dalam kamus hidup kita ^_^...Allah yg mencipta kita. Jadi Allah sja yg tahu apa yg baik atau buruk untuk kita. Jangan terlalu gembira bila diri dilimpahkan nikmat dunia yg banyak, kerana itu adalah ujian dari Allah...Jangan pula terlalu sedih jika diri sering dilanda musibah, kerana kelak Allah akan bahagiakan hatimu...Kita akan merasakan lebih nikmat jika diuji terlebih dahulu sebelum mendapatkan apa yg kita inginkan.

Subhanallah....Alhamdulillah...Allahuakbar....

[p/s: teman nak crite yg teman da dapat kje sbagi radiographer....^_^....tp kt klinik je la, rasanya xtahu la lpas ni mcmne plak cabaran yg bakal ku tempuh...huhu...wish me all the best k ;)]

Related Posts with Thumbnails

Search This Blog