Islamic Widget

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “apakah (amalan) islam yang terbaik?” Nabi berkata: “Engkau memberi makan & memberi salam kepada orang yang engkau kenali dan kepada orang yang engkau tidak kenali.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MALAM 2010  

Posted by: izz@h_khazali in



Penatnya tak terkata sepanjang perjalanan balik ke Kedah dari Kelantan..... untuk cuti midsem kali ni, aku balik ke Kedah bukan dengan bas, tapi dengan Kak Long. Kebetulan, Kak Long ada urusan di Kelantan menghantar adik iparnya mendaftarkan diri sebagai pelajar baru di KIST. Semoga urusanya dipermudahkan sepanjang minggu orientasi. gud luck!!

Untuk pengisian malam tahun baru 2010, belum lagi ada dalam perancangan. Belum lagi kedengaran apa-apa program yang ada pada malam tu. Lepas maghrib, ketika bersama dengan family, tiba-tiba Abi teringatkan sesuatu, 'Eh, malam ni, dekat Taman Kucai ada konsert Malam Amal Musical Islam lepas isyak, Abi terlupa plak td...jom...sapa nak ikut?'. Aku pun dengan pantasnya mengofferkan diri untuk ikut...^_^... Hmm...akhirnya, ada jgk pengisian malam ni....lagi pun, dah lama tak pergi konsert nasyid.




Apabila sampai, kami segera mencari tempat untuk 'bertapak'....malangnya,terpaksalah kne duduk atas rumput je sebab lupa nak bawa tikar... Pada awalnya, dimulai dengan alunan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w yang dibawakan oleh kumpulan Remaja Harapan. Seterusnya pelbagai lagi nasyid diperdengarkan dengan pukulan muzik yang kontemporari dan sangat menenangkan.....diselitkan juga lakonan yang menceritakan tentang bagaimana peristiwa 1 Muharam ketika Nabi berhijrah....

Apa yang menariknya ketika malam itu ialah, terdapat satu slot soal jawab bersama seorang bukan islam berbangsa Cina yang menjadi tulang belakang program pada malam itu kerana beliaulah yang memberi sumbangan kepada pihak BAKUN untuk menjayakan program. Beliau yang bernama Lim Ah Peng, seorang peniaga yang sangat dermawan...beliau telah banyak menyalurkan segala keuntungannya untuk Islam...bukan kepada masjid dan surau sahaja tetapi kepada ummat Islam di Indonesia juga beliau turut membantu. Malah beliau juga memainkan lagu-lagu nasyid dan alunan zikir di dalam kedai miliknya. Rasa macam nak saja aku ambil gambar beliau tapi, tak berkesempatan...








Ketika ditanya apa yang mendorongnya untuk terus membantu umat Islam? katanya," Setiap keuntungan yang aku dapat adalah rezeki dari Tuhan(Allah). Aku akan memberi bantuan kepada orang Islam dengan rezeki Tuhan" dengan bahasa Melayunya yang agak tunggang langgang menggamatkan suasana malam itu. Alangkah malunya kita sebagai seorang Islam yang belum lagi memberi apa-apa sumbangan terhadap Islam, sehinggakan agama lain yang datang membantu.


Sehinggakan pada suatu malam katanya, beliau pernah bermimpi..." Aku ada sampai di suatu tempat yang didalamnya terdapat dua buah pokok tersangatlah besar.....dibawahnya ada air sungai yang jernih mengalir sambil menimpa batu-batu yang sangat cantik...semua pemandangan itu tidak pernah aku lihat di bumi ini...." katanya lagi, "tiba-tiba terdengar suara yang mengatakan 'terima kasih kerana membantu orang Islam'....selepas itu aku terus terjaga dan masih segar mimpi itu diingatan...bila aku ingin tidur kembali, aku tidak mampu melelapkan mata...hinggalah keesokan harinya, tetapi sedikit pun tidak berasa letih". Sehinggalah sekarang, beliau sering memberi derma dan bantuan kepada orang Islam.






Semoga Allah membuka pintu hatinya untuk menerima Islam yang suci ini sebagai agamanya. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang dapat memberi hidayah dan membolak balikkan hati manusia sesudah diberi petunjuk.



Kemudian, kami dikejutkan dengan persembahan gimik yang dibawakan secara Pentomin tentang Siksaan Alam Kubur....pandai mereka menghidupkan persembahan dengan background sounds dan light effectnya.... tetapi, cara penyampaiannya sama seperti video Siksaan Alam Kubur yang pernah kita tonton sebelum ini....





hmm....alhamdulillah.....sekurang-kurangnya ada jgk pengisian untuk malam tahun baru....harap-harap aku berkesempatan lagi untuk ke program macam tu lg.....
wasalam....

biskut tiger susu + air kosong  

Posted by: izz@h_khazali in



hmm....sodhap nih.....kome tura la yew...huhu
resepi turun temurun ni, nampak je simple, tapi nikmatnya, masyaAllah.....tak terkata.....^_^
tambah2 waktu tengah lapau tengah-tengah malam....

Nak ke resepinye? ish.....tak tergamak teman nak kongsi...sbb ni resepi rahsia turun temurun....ssh sikit...maap la yew...huhu
pandai-pandai la ye....

By the way, thanks sbb sudi bace.....sje nk memenuhkan post kt blog ni...jgn mara eaa....

...MENCARI KETENANGAN HATI...  

Posted by: izz@h_khazali in




Ketika diri ini terasa resah, sepeti kosong dan perlukan sesuatu yang tidak jelas dalam diri, sekali lagi aku mencari artikel yang mampu sedikit sebanyak memberi ketenagan hati. Beginilah caraku. Sememangnya tidaklah diri ini mampu menulis seperti mereka yang tersangatlah arif di dalam kondisi masing-masing. Tetapi, diri ini terpanggil juga untuk memberi sedikit perkongsian dan sangat diharapkan agar dapat membantu.


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

  • Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!

Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

  • Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

  • Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

  • Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

  • Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!


http://genta-rasa.com

bersama hijrah menuju Allah!!  

Posted by: izz@h_khazali in





Judul : Hijrah
Album : Sirah Junjungan
Munsyid : Heart
http://liriknasyid.com

bumi mekah seakan menghimpit
mengancam nyawa risalah langit
ketika itu turun perintah
untuk berhijrah ke kota harapan

pergi bukan bererti mundur
tapi menyusun langkah teratur
demi mencapai matlamat agung
membawa rahmat ke seluruh alam

satu muharam detik bersejarah
dimasa umat telah berhijrah
dari kota mekah ke kota madinah
tinggal segala harta keluarga
sahabat handai dan yang tercinta

tiada yang lebih berharga
selain iman yang sejahtera
kerananya sanggup berkorban
harta dan nyawa watan tercinta

kerana ikatan ukhuwah fillah
mengatasi ikatan saudara
kaum ansar mendakap rasul
dan muhajirin sujud bersyukur

disinilah ketabahan
umat islam diuji....

BELAJAR DARI CICAK  

Posted by: izz@h_khazali in

Saya tertarik dengan artikel 'BELAJAR DARI CICAK ' yang ditulis oleh PAHROL MOHD JUOI yang mana, didalamnya secara tidak langsung mengajak kita berfikir dan menyedari kelebihan yang ada pada diri yang tidak kita sedari.
Didalam kita asyik membandingkan diri dengan orang yang lebih atau kurang dari kita, jangan lupa untuk menilai diri sendiri diatas kekurangan dan kelebihan diri. Di samping itu, cuba gunakan sebaiknya kelebihan yang Allah kurniakan pada kita dan redha atas kekurangan yang ada serta cuba menutupi kekurangan dengan kelebihan yang ada. Keep it and try it!!!





Aneh sekali, makanan cicak ialah serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu sukar bukan? Bukankah lebih sesuai jika Allah kurniakan untuk cicak sepasang sayap yang juga mampu terbang bagi memburu mangsanya? Barulah adil.

Tapi Allah SWT Maha Mengetahui, sungguhpun cicak tidak dikurniakan sayap tetapi Allah kurnikannya lidah yang panjang, mata yang tajam dan kecekapan yang luar biasa untuk mendapat rezkinya. Seolah-olah cicak tidak ‘mengeluh’ kerana tidak bersayap, sebaliknya menggunakan lidah, mata dan kakinya dengan penuh kesungguhan untuk mencari rezki. Secara mudah, bolehlah dikatakan cicak tidak fokus pada kekurangannya, sebaliknya berfokus pada kelebihannya. Hasilnya, cicak tetap dijamin rezekinya.


Anak-anak juga perlu belajar daripada kegigihan cicak ini. Sebagai manusia, kita juga ada kelebihan, dan kita juga ada kekurangan. Untuk berjaya kita perlu tumpukan pada kekuatan kita. Mungkin kita pelajar miskin, tapi itu bukan penghalang untuk berjaya. Tumpukan pada kerajinan kita. Mungkin fizikal kita agak lemah, tetapi pertajamkanlah fikiran kita. Mungkin kita anak yatim, tetapi kita masih boleh membina hubungan yang baik dengan ibu saudara, bapa saudara, guru-guru dan teman-teman kita. Tegasnya, jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan!
Jadi bila anak-anak melihat cicak, jangan pandang begitu sahaja. Jangan hanya melayan imiginasi minta diberi sepasang kaki dan tangan seperti cicak… sedarlah kita lebih mulia daripada cicak. Sebaliknya pandang kelebihan yang ada pada kita manusia. Pandanglah kekuatan kita sebagai seorang individu yang punya pelbagai keistimewaan. Allah Maha Kaya, pasti ada kelebihan pada setiap manusia yang diciptakan-Nya termasuk diri kita. Ingatlah ungkapan yang berbunyi:
“Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. DIA hanya mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”

p/s: http://genta-rasa.com

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun  

Posted by: izz@h_khazali in

 Salam Maal Hijrah ke-1431.....
moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.....dengan berbekalkan azam untuk beroleh kejayaan dunia dan akhirat...hijrahkan diri ke arah Redha-Nya....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:





Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".



Doa Akhir Tahun:




Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

 Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


p/s: untuk panduan selanjutnya, sila lawati 
http://www.darulnuman.com/mhikmah/muharam.html

BODOH!  

Posted by: izz@h_khazali in

Sedang b'tungkus-lumus study untuk kuiz esok, tetiba teringat kepada lacturer ku yang sering diingati oleh setiap student diagnostik radiografi di KIST ni.....^_^
Beliau akan mengeluarkan kata-katanya yang membakar semangat studentnya dengan cara yang tersendiri.
BODOH! itulah perkataan yang sering disebutnya sejak kebelakangan ini..
terasa jugak diri ini untuk menulis tentang perkataan ini.

Apa yang dimaksudkan dengan perkataan BODOH???

Adakah merupakan suatu cercaan dan penghinaan, atau perkara yang dapat membina jati diri? Hinakah BODOH itu? Cercakah BODOH itu? Sememangnya perkataan itu tidak dapat mengubah apa-apa keadaan pada diri. Just a word. Terpulanglah pada diri untuk mengambilnya sebagai apa……Mungkin sebenarnya hal ini adalah perkara bodoh yang dibincangkan, namun perkara ini akan menjadi serius jika dipandang serius.

Apakah yang anda akan rasa jika digelar BODOH? Apakah yang anda rasa jika sesuatu perkara yang anda lakukan dipandang masyarakat sebagai perkara BODOH? Tidakkah terkesan juga pada diri dengan perkataan itu, lalu akur membenarkannya? Dengan itu, saya suka memetik kata ini

‘jangan membawa simpul pergantungan orang lain, jangan berfikir tentang orang lain yang menunggu anda, dan jangan pula mengira bahawa orang lain sibuk memikirkan diri anda. Sebab segala sesuatu beredar pada orbitnya masing-masing’.

Di sini, telah jelas mengatakan bahawa tidak perlu kita bersusah payah memikirkan apa yang orang fikirkan tentang kita. Apa yang penting ialah sesuatu yang kita lakukan itu masih di landasan yang benar. Jika ada benarnya cuba perbaiki diri, tetapi bukan dengan menatap perkataan ‘ BODOH’ itu sebagai label bagi diri kita.

‘jadilah seperti lebah, menyantap makanan yang baik, dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula. Dan, jika dia hinggap di atas dahan, dia tidak merosakkannya, dan jika ia hinggap di bunga, ia tidak merosakkan bunga itu’

Begitulah jika disamakan dengan perkataan ‘BODOH’ itu dengan si lebah. Berlapang dadalah dengan apa yang berlaku disekeliling. Ambillah sesuatu perkara yang menimpa diri sebagai ujian yang telah ditakdirkan pada hamba-NYA. Jangan biarkan masalah dan ujian yang menimpa membelenggu diri sendiri. Sembunyikan kemarahan anda, jangan mengungkit-ungkit kesalahan yang kecil, tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain, maafkanlah kesalahan yang dilakukan atas diri anda, dan kuburkanlah semua celaan itu, nescaya anda akan menjadi orang yang paling dicintai.






Yang demikian itu kerana sesungguhnya ALLAH adalah Pelindung orang-orang yang beriman…


(surah: Muhammad, ayat: 11)

Allah menerangi jalan mereka, menerangkan jalan yang tepat bagi mereka , menerangkan hidayah kepada mereka, menjaga mereka dari kesesatan dan mengajarkan kepada mereka agar tidak menjadi orang BODOH. Allah akan mengagungkan ilmu, menambah pemahaman, memberkati rezeki, memberikan pertolongan,dan memperbanyakkan kebaikan atas diri. Berbaik sangkalah pada diri.

Wassalam…..^_^

PERMUDAHKANLAH URUSANKU.....  

Posted by: izz@h_khazali in

Minggu yg sukar....terasa seperti terlalu padat dgn jadual harian dan pembelajaran di kolej, sehinggakan diri seperti ingin melepaskan semuanya..... Ya Allah....ku mohon pada-Mu agar dipermudahkan urusanku setiap masa...aminn..










Related Posts with Thumbnails

Search This Blog